Bengkel Beladiri Daripada Perspektif Seni Silat Melayu 2013


September 2013, Kuala Lumpur – Bengkel Bela Diri Daripada Perspektif Seni Silat Melayu Peringkat Kebangsaan 2013 yang berlangsung di Kolej Kediaman Ungku Aziz, Universiti Malaya, Kuala Lumpur anjuran Kelab Silat Universiti Malaya (KSUM) berlangsung meriah dengan menarik perhatian hampir 100 peserta dari seluruh negara.

Pada asalnya bengkel tersebut dibuka hanya kepada 40 orang peserta, namun telah mendapat sambutan hangat apabila mendapat permintaan tinggi daripada sekolah-sekolah berdekatan Lembah Klang. Kehadiran Pakar Silat Malaysia iaitu Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie yang membentangkan kertas kerja bertajuk Silat Sebagai Seni Bela Diri Malaysia memberikan impak yang tinggi kepada bengkel ini. Beliau yang juga Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam telah merungkai dan mengupas secara terperinci tentang bagaiman SILAT seharusnya diguna-pakai sebagai ilmu pertahanan diri masyarakat Malaysia dalam pencegahan jenayah.

Di samping itu, beliau juga membimbing bengkel Bela Diri kepada para peserta terlibat mengenai kaedah-kaedah silat yang boleh dipraktikkan apabila berlakunya kecemasan. Program diserikan dengan kehadiran Pengetua Kolej Kediaman Ungku Aziz, Dr. Nadhratul Wardah Binti Hj. Salman yang turut serta menghantar anak beliau menyertai program tersebut.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat di luar sana mengenai kepentingan dalam ilmu persilatan agar dapat digunakan dalam menghadapi situasi yang tidak diingini. Hal ini kerana peratusan yang ditunjukkan bahawa ramai orang awam tidak mengetahui bagaimana cara untuk mengatasi dan mengendalikan situasi yang tidak diingini ini yang akhirnya mengakibatkan seseorang itu mengalami tekanan dari segi psikologi dan juga mengancam keselamatan diri mereka.

Walaupun telah wujud pihak berkuasa yang menangani perkara ini, namun pada pokoknya masyarakat itu perlu sedar bahawa mereka juga mempunyai kekuatan dan fungsi bersama dalam mencegah perkara tersebut. Bengkel Bela Diri Peringkat Kebangsaan 2013d Jesteru itu, hasil inisiatif Kelab Silat Universiti Malaya yang bernaung dibawah Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya telah merangka dan merancang suatu program yang dikenali “Bela Diri Dari Perspektif Seni Silat Melayu”. Ilmu persilatan adalah suatu ilmu tradisi yang diwartakan oleh kerajaan sebagai suatu ilmu seni bela diri rasmi negara dibawah Akta Warisan Negara 2005.

Program ini menyasarkan penyertaan semua lapisan masyarakat dalam memberi pendedahan awal mengenai kepentingan silat dalam menghadapi situasi yang kritikal. Program ini dapat memberi suatu input yang berguna kepada orang awam mengenai kepentingan silat ini dalam kehidupan seharian.

Pada masa yang sama juga, diharap juga program sebegini akan dapat membantu dalam mengembangkan seni warisan negara ini agar tidak akan luput ditelan zaman dan sesuai dipraktikkan oleh golongan muda zaman sekarang.

Gabungan kedua-dua intipati ini mampu memberikan kesan positif yang sangat besar kepada semua pihak.

Diharapkan program ini dapat memupuk kesedaran dan mempromosikan ilmu persilatan khususnya dalam memartabatkan Warisan Seni Melayu serta melahirkan warga universiti yang cenderung untuk bergiat aktif dalam bidang silat dan berkongsi pengalaman dan kemahiran silat sesama universiti sekaligus menjalinkan dan mengeratkan silaturahim sesama masyarakat di luar sana. bela diri 1 bela diri 2 bela diri 3 View the original article here

Leave a Reply