Kajian Pakar Silat di Peringkat Antarabangsa


silat research

Bersyukur dengan segala kurniaan Allah swt di atas kurnianya kepada sekalian makhluk manusia.

Di bulan yang penuh mulia ini pihak PSGFM telah menerima perkhabaran mengenai kajian-kajian silat yang dilakukan oleh Pakar Silat Malaysia, Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie.

Salah satu kajian beliau telah pun diterbitkan di Poland.

Ini adalah susulan daripada jemputan yang telah dipenuhi oleh PSGFM pada Oktober 2015.

pakar silat melayu

Kajian berkenaan Psikologi Sukan Seni Mempertahankan Diri telah mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

Kajian beliau yang lain telah pihak PSGFM siarkan pada bulan April 2015 yang lepas.

kajian silat 2015

Ini adalah kajian keempat beliau yang telah diterbitkan di Poland.

Diharapkan usaha beliau ini dapat dicontohi oleh semua ahli PSGFM agar terus berjasa kepada dunia persilatan seperti mana yang telah dilakukan oleh Allahyarham Guru Utama Pertama, Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN serta guru-guru PSGFM yang lain yang telah meninggalkan kita.

Semoga kejayaan ini akan menambahkan lagi semangat kepada Tuan Guru Dr. Nizam Shapie untuk lebih berjaya dan istiqamah dalam memertabatkan silat ke peringkat nasional dan antarabangsa.

SILAT UNTUK SEMUA.

View the original article here

Leave a Reply