Tahniah Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Didahului dengan syukur kepada Allah dengan kurnia dan izinNya adalah dimaklumkan bahawa pihak PSGFM ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Pakar Silat PSGFM, Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie yang telah diiktiraf oleh badan analisa prestasi selaku penganalisis prestasi sukan yang bertauliah level 2 dan 3 peringkat antarabangsa.

Pengiktirafan ini diberikan kepada beliau oleh International Society of Performance Analysis of Sport yang berpusat di United Kingdom. Antara kajian beliau telah diterbitkan di dalam Journal of Combat Sports and Martial Arts.

Tuan Guru Dr Nizam Shapie yang aktif melakukan kajian dalam bidang sains sukan ini telah menghasilkan banyak penyelidikan berkaitan sukan silat olahraga. Beliau juga membimbing ramai para pelajar universiti untuk berkecimpung dalam melakukan penerbitan ilmiah dalam bidang sukan silat.

Pihak PSGFM berasa amat bertuah kerana beliau yang juga ahli seumur hidup PSGFM telah banyak menyumbang usaha, tenaga, masa dan wang ringgit dalam memertabatkan silat dan mengharumkan Malaysia di peringkat dunia.

– Fatani Nusa Bakti –

TAHNIAH-dr nizam

View the original article here

Leave a Reply