

Salam kpd semua ahli & pencinta silat..
Pada 19 Januari 2010 ( Selasa ), pada jam 5.30 ptg, En Shahid, selaku Pengurus PCS, telah melawat YM Mahaguru Dato' Hj Omardin bin Mauju, yang juga merupakan Pengasas, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, di Institut Jantung Negara ( IJN ). Beliau telah diiringi oleh Jurulatih PCS, Saudara Alif Iqmal.
Tujuan kedatangan beliau ke IJN, ialah untuk melawat YM Dato' Hj Omardin, yang telah dimasukkan ke IJN, akibat masalah jantung. Beliau telah meluangkan masa, kira-kira setengah jam, untuk melihat sendiri keadaan Dato', serta berbincang mengenai masa depan Silat, serta perlunya perpaduan, di antara semua perguruan silat, untuk membawa silat, ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Menurut Dato' Omardin, beliau amat terharu, serta berbesar hati dengan kunjungan daripada Pengurus PCS, yang juga merupakan wakil dari Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia ( PSGFM ), yang sanggup meluangkan masa melawat beliau di IJN. Walaupun berbeza perguruan, sifat kemanusiaan di antara ahli-ahli Silat, tetap menebal.
Ini kerana, pada hari-hari sebelumnya, ramai menteri-menteri kabinet, seperti Dato' Seri Dr Rais Yatim, Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib, Dato' Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin, serta Timbalan Perdana Menteri sendiri, iaitu Dato' Seri Muhyiddin Yassin, telah datang melawat beliau. Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi ( Pak Lah ), juga telah datang berjumpa, serta bertanyakan keadaan kesihatan beliau.
YM Dato' amat gembira, kerana dapat bertemu dgn Pengurus PCS, serta Saudara Alif, yang merupakan anak didik dari rakan seangkatan beliau, iaitu Allahyarham Tuan Hj Anuar bin Abd Wahab, mantan Guru Utama PSGFM. Beliau juga meminta semua ahli-ahli silat, mendoakan kesihatan, dan kesejahteraan beliau.
Di kesempatan itu juga, En Shahid telah menghadiahkan buku 'SILAT', tulisan Allahyarham Tuan Hj Anuar bin Abd Wahab AMN, kepada YM Dato' Omardin. YM Dato' juga memberitahu, yang beliau akan memaklumkan kedatangan Pengurus PCS, kepada anaknya, iaitu Megat Zulkarnain, yang juga merupakan Setiausaha Agung, Persekutuan Silat Kebangsaan ( PESAKA ). YM Dato' mahukan PESAKA sama-sama membantu semua perguruan Silat, di Malaysia. YM Dato' juga mahu lapisan muda generasi Silat agar bekerjasama, dalam memartabatkan Silat Malaysia.
Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan, dan kebaikan untuk beliau.
Related Blogs
- Mukhriz Mahathir , Khairy Jamaluddin & Khir Toyo аt Anwar Ibrahim
- Sejarah Silat « PSSLM Zon Perak Utara
- ‘SINGLE COMMISSION’ FOR SECURITIES & COMPANIES? « SCwatch
- Thе journey οf change « malaysian media matters
- September 16, 2008, Anwar Ibrahim ехрlаіnѕ « Din Merican: thе Malaysian DJ Blogger
- Whу ѕhουld anyone believe “Mat King Leather” anymore? « Thе “thirteen million plus Ringgit” guy rambles….
- Konser 25 Tahun Sheila Majid Bertabur Berlian | BERITA TERBARU
- Liputan Mengenai Konser Bertabur Berlian Sheila Majid
- Soalan-soalan untuk sessi Parlimen 15 Mac 2010 « Wee Choo Keong
- Ilmu kira-kira. « MY CONFESSIONALS
- Schools blog » Blog Archive » GET information meeting Wednesday
- [SET-005] Momo – kira kira Street Gal, Childhood Friend Iѕ A Gravure Idol | JAV4You - Hυgе Japanese AV Plасе
- a lіttlе bit οf everything. « euni kira
- blogging [аt] thescarfer.net » Rais Yatim οn mixed marriages.
- I Met Malaysia’s Bіggеѕt Twitter Celebrity, Rais Yatim! (#yorais, Maya Karin, mixed marraige аnd more) » Josh Lim’s Adventures
- M A C V A Y S I A » Blog Archive » Yo Rais: Yουr Views οn Mixed Marriages аrе Mixed Up
- Rais Yatim knows very lіttlе οf whаt hе ѕауѕ « Justice fοr All
- Mixed Marriage Mayhem « Unscientific Malaysia
- Asal-usul Silat Seni Gayung Fatani « Ansar Aѕ-Sunnah
- Laporan Percuma: Isi Kandungan Buku Silat
























