Silat – Martial Arts

0

Assalamualaikum,

Salam sejahtera. Laman web ini akan memberikan anda segala perkembangan terkini silat melayu yang sedang berkembang dengan baiknya di eropah ini. Latihan di Malaysia sedang memasuki fasa οff seasons.

Manakala di eropah kami baru sahaja memulakan kembali latihan kami setelah bercuti panjang semasa musim panas yang lalu. Semalam adalah latihan minggu ke 5 kami di UWIC, Cyncoed. Latihan bersama Yusuff one-οn-one memberikan kelebihan kepada beliau untuk menguasai silat melayu dengan baik.

Tambahan beliau mempunyai basic beladiri yang baik dalam jeet kune dο, kick-boxing, kung-fu dan krav maga. Jadi latihan bunga sembah sememangnya memberikan kelebihan kepada beliau. Ini kerana latihan bunga sembah memberikan kefahaman gerak seseorang itu dalam menangani serangan lawan. Jadi dalam 3 minggu pertama memang saya memberikan penekanan bunga sembah kepada beliau mengenai 'thе basic οf bunga sembah'.

Teringat saya kata-kata guru aziwahija "memang diorang tak tahu apa itu bunga sembah, tetapi apabila mereka telah menguasainya memang mereka tak tinggal dah!". Jadi Yusuf memang seperti orang di sarung bantallah. Belajar separuh mati. Memang saya tak bagi peluang punya.

Kebetulan balik dari training saya singgah di Chicago Bulls (restoran kebab). Berborak dengan owner kedai tersebut. Kebetulan beliau bertanya mengenai saya - saya memberitahu beliau saya merupakan jurulatih self-defense di Universiti οf Wales Institute Cardiff - apalagi sorang lagi di sarung bantal. Bulan depan beliau akan menghantar 2 orang anak beliau menjalani latihan di sana. Ramai yang sedemikian di sini. Gila Ilmu. Ramai students saya yang hadir bukan orang melayu tetapi foreign people. Rasanya lebih mudah mengajar mereka berbanding orang melayu (dari segi komitmen latihan). Mereka tekun. Kalau saya suruh buat latihan gerak 1 ke 2 - ITULAH latihan yang mereka akan ulang, ulang, ulang sampai dapat. Bak kata orang 'genggam bara api sampai jadi arang'. Memang itulah yang saya ajarpun. Mudah dan effektif (telah saya terangkan dalam ebook silat melayu). Bukan banyak pun diajar. Bunga sembah jer! Dalam 3 minggu dah hafal, dah faham, dah boleh apply teknik dan sambut serangan. Belum saya ajar jurus dan buah lagi. Tetapi itulah Silat Melayu. Hebatnya bukan pada fizikal seseorang tetapi kepada ilmu silat tersebut.

Kadang-kadang puas dilatih budak2 di Malaysia - Buat dek jer. Jangan ketinggalan sudahlah!

Teringat si Yusuf pernah belajar jeet kune dο - saya selitkan sedutan movie pengasasnya Bruce Lee.


Related Blogs

This entry was posted in Silat Martial Arts and tagged , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Silat – Martial Arts

  1. Laksamana Sunan says:

    Inilah kelebihan silat melayu yang kita warisi.Seni itu indah tapi penuh bisa. Kuasai seni maka gerak dikuasai.

  2. Salam Hormat, Tahniah dengan terbinanya laman web nizam nie. Tahniah!!.

    Silat adalah sebutan Melayu iaitu satu amalan mempertahankan diri bangsa Melayu di Tanah Jawi a.k.a Melayu. Kita ni adalah rantaian yang terhasil didikan dan tunjuk ajar dari guru-guru yang mahir dengan ilmu silat dan mewarisi dan akan mewariskan kepada generasi akan datang.

    Silat Melayu adalah wajib dipelajari sedari awal umur 7 tahun bagi setiap budak melayu. Jadilah anak gelanggang silat. Faham adat resam dan budaya melayu dan seterusnya melangkah dengan ilmu lain yang memberi makan, minum dan ayapan.

    Asal silat dari seni limbai dan langkah terus mencorak rupa, pengisian bunga dan buah mewujudkan nilai astetika dengan keluhuran ilmuan “mempertahankan diri itu wajib, membunuh itu berdosa”.

    Salam dan Ingatan.

    dari,

    Guru Aminuddin Hj Anuar (Guru Kanan PSGFM)
    (Wakil Malaysia, Juara Silat Sedunia – Seni Solo Putera 1990,1992,1994,1995)
    Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM)
    Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)
    http://fastcash2008.blogspot.com/

  3. Cikgu Nizam says:

    Salam,

    Terima kasih kepada Laksamana Sunan dan Guru Aminuddin singgah di web ini.

    Semoga mendapat menfaat bersama dalam memertabatkan Silat Melayu.

    Cikgu Nizam

Leave a Reply