Silat Pengantin


Sabtu – Di Kuala Lumpur sibuk isu BERSIH. Duduk bantah di dataran merdeka.

Saya  pula ke Perak menghadiri majlis perkahwinan saudara. Undangan diterima dan kami tiba sebelum pengantin lelaki tiba. Setelah setengah jam menunggu rombongan pengantin lelaki sampai. Ketibaan rombongan pengantin lelaki disambut baik dengan nasyid dan majlis bersambung dengan baik.

Tiada silat pengantin?

Ya – tiada silat pengantin atau silat pulut. Jadi tiadalah seri untuk majlis tersebut bagi saya. Walaupun ada orang silat dalam keluarga tersebut namun faktor masa dan komitmen semasa majlis mungkin menjadi penghalang.

Jadi saya menghabiskan waktu dengan bertanya khabar dengan ahli keluarga pengantin tersebut di samping mendengar borak-borak nostalgia warga emas. Selepas itu, beredar saya ke masjid mendirikan solat jama ta’dim.

Tertanya-tanya apakah orang-orang Melayu kini terlupa kepentingan silat itu? Atau silat ini hanya perlu pada masa kecemasan sahaja.

Rasanya banyak faktor mendorong berlakunya perkara ini.

Teringat saya mengenai minggu kebudayaan 1 Malaysia di UM Isnin lepas- sedang kaum Cina dan India berbangga dengan persembahan Wusyu dan Silambam –  para pelajar Melayu mengetepikan persembahan silat dengan alasan tidak cukup masa atau kurang peserta persembahan- walhal kalau nak diikutkan persembahan kebudayaan Melayu banyak dihiasi dengan nyayian dan sketsa drama yang tidak berapa kena dengan konsep malam tersebut. Inilah Melayu generasi baru… Ada benar juga Melayu Mudah Lupa.

Mungkin juga kerana ini?

Persembahan silat telah menjadi rencam dek pelbagai jenis sajian silat yang berunsur luar.

Gambar sebelah kiri melihatkan gambar peserta sedang membuat gaya menarik berbaju t-shirt. tak tahu pula sama ada persembahan silat atau tarian baru moden.

Kesian Melayu.

Kesian Melayu hilang budaya.

Ke mana perginya nilai keagungan bangsa Melayu kita?

Silat adalah tema menarik untuk majlis raja sehari bersesuaian dengan konsep bangsa Melayu berdarah kepahlawanan.

Gambar di sebelah kiri pula lagi menampakkan ketidak serasian acara pertunjukan dengan majlis raja sehari. Nasib baik bukan spiderman bersilat.

Alamak ada juga.

Ini sudah menampakkan dengan lebih jelas lagi bahawa acara tomoi dan hero orang putih telah masuk ke dalam cara hidup orang Melayu.

Apa yang kita boleh buat?

Informasi. Tidak tahu bertanya. Kalau dah tahu ambil tindakan. Moga-moga ini menjadi iktibar kepada generasi akan datang.

HARAPAN – Moga-moga esok masih ada sinar bagi mereka yang dikenali sebagai bangsa Melayu.

>> PERSEMBAHAN SILAT PENGANTIN UNTUK RAJA SEHARI <<

Ahad – ke majlis penutup silat.

Kami Bekerja Anda Bagaimana?

Leave a Reply