Anuar Abdul Wahab – Pahlawan Ulung Bangsa Malaysia.

0

Saya bersemangat untuk ke universiti. Tambahan pula perlu pergi awal untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Profesor POD untuk menyiapkan laporan akhir presentation pada 6-7 April di Lincoln University. Ini adalah rumusan kajian silat yang telah kami perolehi. Lagi pun Liverpool vs Real Madrid (perlawanan idaman saya sejak 10 tahun yang lepas) berentap hari ini. Saya bercadang untuk balik awal.

Sedang saya bersiap sedia untuk ke universiti, tiba-tiba kelihatan YM di skrin komputer riba saya yang hebat ini :) . Daripada Roselyn - Terdetik di hati saya kerana sudah lama Roselyn tidak YM saya. kenapa ya?

...Cikgu Anuar meninggal dunia petang tadi...

'Daripada Allah dia datang, kepada Allah dia kembali'..... Whаt?

Segera saya memberitahu isteri saya. Telefon rumah Cikgu Anuar dan Kak Lah mengesahkannya. Segera saya menghubungi Cikgu Shahiid dan berbincang beberapa perkara. Antaranya Guru Aminuddin perlu ada sebelum jenazah ditanam esok. Mesti ADA!

Tanpa saya sedari air mata turun.... sudah lama saya tak menangis. Namun tangisan ini bukannya untuk bersedih tetapi untuk mengatakan yang saya perlu berada di sana. Lagipun sudah lama saya tidak berbual panjang dengan Cikgu Anuar. Kali terakhir ketika balik seketika membuat kajian di Terengganu. Itupun hanyalah 3-5 jam.

Inilah dia kehidupan. Mati itu tak lewat dan tak lambat sesaat. Allah menyayangi beliau.

Segala pengalaman bersama-sama beliau semenjak 12 tahun yang lepas akan saya gunakan untuk generasi masa hadapan. Semangat Pendekar beliau tidak akan hilang sehingga ke akhir hayat.

Inilah Pahlawan Ulung Bangsa Malaysia yang berjaya menaikkan Silat Tradisi - Silat Melayu sehingga diiktiraf sebagai Silat Malaysia oleh Kerajaan Malaysia. Walau ditentang berundur tidak sekali.

Saya boleh menceritakan segala kejayaan dan sumbangan beliau terhadap dunia silat namun anda boleh mendapatkan segala kisah beliau dalam karya agung terakhir beliau di http://SilatMalaysia.com. Tidak cukup tangan untuk saya menghuraikannya di sini. Jadi biar saya katakan bahawa sepanjang saya mengenali beliau tidak pernah beliau berkira mengenai ilmu atau wang sehingga segan saya dibuatnya. Kerana itu ke mana sahaja beliau pergi sering dialu-alukan. Semua orang tahu motif dan niat beliau.

Impian beliau adalah menaikkan Silat Pulut menjadi Silat Malaysia. Dan ini telah menjadi realiti pada 2002. Karya terakhir beliau telah pun diterbitkan berjudul Silat. Laman web di atas adalah adalah laman web pertama yang mempromosikannya secara besar-besaran. Sayangnya semasa pelancarannya nanti Allahyarham telah tiada. Tetapi segala ilmu yang telah saya pungut akan saya semai sehingga menjadi pokok yang akan mengeluarkan baka yang lebih baik pada masa hadapan .Insya-Allah.

Beliau adalah satu-satunya Pahlawan di Malaysia yang diberikan gelaran SESEPUH daripada PERSILAT di atas kehebatan beliau di dalam dan di luar gelanggang persilatan. Menaikkan Silat Melayu, Silat Olahraga, Silat Seni, Pereka Jurus Wajib dan Menaik taraf Silat Pulut sehingga menjadi Silat Malaysia di bawah Akta Warisan Negara.

Jasa beliau akan saya kenang sehingga akhir hayat saya. Akan saya kongsikan kepada mereka yang berminat dan bersedia mewarisinya seperti para pesilat di UK ini.

Saya bersyukur kerana mendapat peluang mendapat didikan secara langsung daripada beliau. Tidak kedekut ilmu. Tidak kedekut harta dan hebat. Lantang bersuara mempertahankan Silat Melayu. Menyahut cabaran menumbangkan sesepuh antarabangsa di Indonesia. Membimbing saya dalam dunia persilatan dan kehidupan.

Ini adalah permulaan...

Segala ilmu yang diwarisi akan saya semai - ini janji saya.

Terima kasih Cikgu.

Ikhlas,

Cikgu Nizam

10 March 2009. Still recovering.

- Walaupun Liverpool menang 4-0  denganReal Madrid (perlawanan impian saya). Tiada sorakan kedengaran di dalam rumah ini hari ini. Sedekahkan alfatihah dan bacaan doa untuk Guru Tn. Hj. Anuar Abdul Wahab AMN.

Lyrics:

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
Menambah derita
Namun kau jua
Tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama

--------------------------------------
English Translation:

I want tο сrу
Bυt I hаνе nο tears
I want tο smile
Bυt thеrе іѕ nο one tο accompany
If mу fate
Hаѕ bееn determined
Tο bе thіѕ bаd
Whаt саn I dο

Whеrе саn I find another
Lіkе уου
I саn't bear thіѕ parting
And heartbreak
Living іn agony

Mу heart aches ѕο much
Sіnсе уου've bееn gone
Leaving mе аll alone
Wіth nο one
In loneliness

Thе brіght world becomes dаrk
Itѕ bеаυtіfυl lights become useless
Thе wееріng οf mу heart
Adds tο mу sorrow
Bυt уου still
Never appear

Whеrе саn I find another
Perhaps іn heaven
Tο grief wіth mе
Tο сrу wіth mе
Forever аnd еνеr

Source: P. Ramlee's Songs аnd Lyrics - A Tribute bу MOKUI

This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

4 Responses to Anuar Abdul Wahab – Pahlawan Ulung Bangsa Malaysia.

  1. Mohd Rizal Marsidi says:

    Al-Fatihah kepada Tuan Haji Anuar Abdul Wahab. Semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi. Perjuangan dan sumbangan beliau di muka bumi ini sukar untuk dibalas. Harapan beliau untuk mengembangkan seni silat ini haruslah dimajukan lagi. Hanya pengamal seni silat ini dapat meneruskan perjuangan beliau. Sama-samalah kita berdoa agar jasa-jasanya dibalas teratas.

  2. MOHAMMED RIZKI says:

    AL-FATIHAH kepada Tuan Haji Anuar Abdul Wahab. Perginya seorang perwira tidak dapat diganti.segala jasamu akan dikenang oleh semua orang yang mempelajari silat di dunia. hanya doa dapat kami iringi.semoga sejahtera di sana.JASAMU DIKENANG SEPANJANG ZAMAN.

  3. Cikgu Nizam says:

    Terima kasih Rizki di atas ucapan anda. Semoga kita bertemu tidak lama lagi :) .

    Cikgu Nizam

    Silat Untuk Semua

  4. Cikgu Nizam says:

    Terima kasih Rizal di atas ucapan dan doa anda. Semoga kita bertemu tidak lama lagi :)

    Cikgu Nizam

    Silat Untuk Semua.

Leave a Reply