Umat Islam diharam amalkan yoga
Nov 22, 08 3:31pm
Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.
Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, menurut laporan Bernama, beliau berkata, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
“Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.
“Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Oktober lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.
Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.
Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.
Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.
Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung.
A sculpture of a Hindu yogi in the Birla Mandir, Delhi

Statue of Shiva performing Yogic meditation in the Padmasana posture.
Sumber :
http://www.malaysiakini.com/news/93565 (malay)
http://www.malaysiakini.com/news/93564 (english)
Komen – Dah berbuih mulut saya bercerita mengenai mengapa yoga perlu diharamkan sejak 2000 – Walaupun tiada pihak yang ambil berat namun syukurlah ada pihak yang mengambil perhatia akhirnya. Tidak perlu saya ulas lagi kerana majlis mufti telah menerangkan di atas.
Alternatif – Wahai umat bernama Melayu khasnya… belajarlah silat – dah beratus-ratus tahun kita amalkan namun masih yang meraguinya sehingga sanggup mengenepikannya dengan alasan lapuk. Come on man… dah bertahun Cikgu Anuar, Cikgu Rahman dan lain2 sarjana Melayu telah mengetengahkan mengenai kebagusan ilmu Silat Malaysia ini – jadi amalkanlah.
Tak perlu bersusah payah mencari yang lain lagi. Teringat kata guru saya – “…Orang kita seperti menyusukan kera di hutan, anak di rumah dibiarkan kelaparan…”.
Dah ramai rakan-rakan saya dari France, UK, Germany dan negara-negara yang bukan Melayu belajar silat dan menguasainya. Tidak lupa kepada Roselyn Melinda di Malaysia yang berjaya menguasainya sehingga lebih baik gerakannya daripada pelajar yang bernama Melayu!
ANDA pula tunggu Apa lagi??? Tepuk dada tanyalah selera…
Sila berikan komen supaya kami boleh mendengar komen anda dan seperti biasa komen terbaik akan memenangi RM 10.

Rasanya banyak senaman silat yang boleh diamalkan. Cuma mungkin belum diketengahkan lagi, atau mungkin tak cukup dokumentasi dari segi proof dan pengamalannya…
Mungkin juga ini satu cabaran untuk pewaris silat melayu tanah air…
seriously w**? silat and yoga are not even in the same page
most of modern bahasa melayu derived from sanskrit, put a fatwa on that why don’t you?
fatwa used to be for someone’s head, or declaring martyrdom, instead on petty and moronic issues like this
Salam/ Hi patience and virtue,
I think you are a little bit confused with the idea and relavancy of what cikgu nizam try to say here. If you are not muslim it is fine – we can accept it as your disability to understand the pillars of Islam -
BUT
if you are muslim – then now you should try to read this to make you more understand about silat as an alternative to yoga http://www.pusatcemerlangsilat.com/rencana_proses.php?tajuk=121&lang=malay .
We are here to help each about finding the solution about solving others problem of finding the alternative of this HARAM yoga but not blantantly try to argue and question what others are talking and giving opinion about.
Let me give you the word of the day so your future generation will be better than you! It is – RESPECT!